Perpustakaan strategi bisnes, dari kajian sebenar

Scroll yang bina bisnes.

Sehari scroll TikTok dua jam, tapi customer masih bluetick lepas tanya harga. Psycolib pun di-scroll macam tu. Bezanya, setiap kad bawa satu prinsip psikologi, kajian yang betul-betul dibuat, dan template WhatsApp yang boleh terus guna petang ni.

Buka Psycolib

Terus dalam browser telefon. Boleh pasang ke skrin utama macam app biasa.

Kad 06Pecahkan harga jadi sehari

Masa yang sama. Hasil lain.

Jari tetap scroll. Yang berubah cuma apa yang masuk dalam kepala.

Scroll biasa

  • Video lawak, drama, gosip, satu lepas satu
  • Tips bisnes "5 rahsia" tanpa sumber
  • Habis sejam, esok cara jual masih sama

Scroll Psycolib

  • Satu kad sekitar dua minit, satu prinsip
  • Setiap prinsip datang dengan kajian dan angka sebenar
  • Template mesej yang boleh salin dan hantar pada customer seterusnya

Setiap kad, empat benda.

Contoh dari Kad 06, untuk customer yang terus senyap atau balas "mahal" bila nampak harga pakej.

1 · Prinsip

Harga sehari

Otak menilai satu harga dengan membandingkannya dengan belanja lain yang sama saiz.

2 · Kajian sebenar

Gourville, Harvard, 1998

Separuh orang diminta derma 350 dolar setahun, separuh lagi 1 dolar sehari. Jumlahnya hampir sama, tapi lebih ramai sanggup derma bila diminta 1 dolar sehari.

3 · Kenapa jadi

Benda yang dibanding berubah

1 dolar sehari dibanding dengan belanja kecil harian. 350 dolar setahun dibanding dengan belanja besar yang jarang. Duitnya sama, rasanya lain.

4 · Template WhatsApp

Salin, ubah, hantar

Kalau kira, pakej ni jatuh RM4.70 sehari. Lebih kurang harga secawan teh tarik. Berbanding ubat perut yang akak beli setiap kali kembung.

Satu rak dah dibuka. Banyak lagi menyusul.

Kita mula dengan tempat paling ramai seller tersangkut: chat WhatsApp, dari mesej pertama sampai customer setuju beli.

Strategi closing WhatsApp 6 kad

Tengok semua dalam app
Akan datang

Psikologi marketing

Apa yang buat orang berhenti scroll pada iklan kita, dan apa yang buat dia tekan.

Akan datang

Strategi bisnes

Cara pilih fokus, letak harga dan beza diri dari pesaing, dengan sebab yang boleh dipertahankan.

Akan datang

Hiring dan pasukan

Cara pilih orang yang betul, dan buat pasukan kekal bersemangat bila bisnes membesar.

Akan datang

Cashflow

Kenapa bisnes yang ada jualan pun boleh sesak duit, dan keputusan yang buat duit kekal masuk.

Kad seterusnya dah tunggu.

Buka satu kad hari ni. Guna templatenya pada customer seterusnya yang tanya harga.

Buka Psycolib